Friday, June 29, 2012

Carrot Cake

Salam...
Teman-teman.... dah lama tak post kat blog ni. buzy sikit lately. Apa-apa pun, today i want to share simple carrot cake. Don't forget to try. This recipe is very simple and easy. Orang yang tak pernah baking pun boleh buat. please write comment kalau dah cuba.
Selamat mencuba....




Bahan-bahannya :
4 biji telur
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
2 1/2 cawan carrot yang diparut
1 cawan minyak sayuran
1  sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh serbuk buah pala
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam1 cawan walnut dicincang

Cara membuatnya ;
1. tepung naik sendiri, serbuk buah pala, kayu manis, bicarbonate of soda dan garam diayak.
2. Pukul telur dengan gula mengguna senduk, bila sebati, masukkan minyak sayuran. Selepas itu, masukkan bahan yang diayak tadi.kaau sebati.
3. masukkan carrot yang diparut dan kacau walnut. Kacau sebati.
4. masukkan ke dalam acuan yang telah dilapikdisapu mentega dan bakar hingga masak.




Friday, March 30, 2012

Spagetti Mudah : step by step





Salam semua,
Rasa nak makan spagetti. Masakan yang paling mudah nak sedia. Semudah ABC.
Sebelum saya share resepi, beginilah rupa spageeti tu. Cuma tak ada cheese nak ditabur diatas. Walau apa pun tetap sedap. Eh..puji sendiri lah pula hehe....





Bahan-bahannya:
1 bungkus spagetti: lembutkan dengan merebusnya bersama air dan 2 sudu minyak makan. Masak sehingga lembut. kalau tak ada spagetti, mee kuning pun boleh. tu spagetti ala malaysia hehe
250gm daging cincang atau 5 keping daging burger
4 batang sosej : potong nipis-nipis
1 tin cendawan butang : potong nipis-nipis
1 biji bawang besar ; potong kiub
4 ulas bawas putih ; cincang
sedikit oregano
3 helai daun basil
garam, gula, serbuk perasa secukupnya
1 tin sup tomato
1 tin tomato puree

 Cara membuatnay:

1. Panaskan mentega atau minyak masak secukupnya, gorengkan bawang besar bersama bawang putih sehingga naik baunya.




2. Kemudian masukkan daging cincang dan sosej. Goreng hingga sebati.

3. Masukkan tomato puree, gaul rata. Masukkan sedikit air, diikuti dengan sup tomato.



Tambahkan air secukupnya, masukkan cendawan, oregano, daun basil, gula, garam dan serbuk perasa jika suka. Didihkan sebentar dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba.








Published with Blogger-droid v2.0.4